Thursday, December 23, 2010

Khatan tanpa bius,jahitan.Cara Tradisional

selamat pagi...pagi tadi aku beli la paper sinar harian.edisi TERENGGANU..ade la kisah pasal berkhatan cara tradisional...huhuhu...so aku nak share sikit la dalam ni..orait..Meskipun berkhatan kaedah moden di hospital atau klinik semakin meluas tetapi masih ramai yang memilih kaedah tradisional.

Kaedah berkhatan atau bersunat cara tradisional masih popular menyebabkan perkhidmatan tok mudim masih diperlukan walaupun bilangan mereka sudah berkurangan. 

A Kadir Mahmud, 62, atau lebih dikenali Haji Hadi ialah salah seorang tok mudim yang masih aktif melakukan khatan dengan kaedah lama ini.Dia dikenali ramai bukan setakat di negeri ini mahupun Kelantan malah pelanggan dari negeri lain turut mencarinya kerana ingin mendapat perkhidmatannya. Haji Hadi ialah anak kepada tok mudim tersohor yang dikenali Tok Mudim Mahmud iaitu tok mudim istana. “Saya berkebolehan mengkhatankan orang sejak berumur 21 tahun iaitu selepas belajar dengan bapa,” katanya yang menetap di sini, dekat Kuala Besut. Haji Hadi mengakui ramai orang memilih menghantar anak mereka berkhatan dengan kaedah moden tetapi ketika musim cuti sekolah dia juga tidak menang tangan apabila ramai mendapatkan perkhidmatannya.Menurutnya, setakat musim cuti persekolahan hujung tahun ini sahaja lebih kurang 100 orang kanak-kanak berkhatan dengannya.“Dalam sehari, saya mampu mengkhatankan seramai 70 kanak-kanak tetapi kini saya hanya mampu mengkhatankan setakat 30 orang sahaja. Masa diambil untuk mengkhatankan setiap pelanggan hanya antara lima hingga 10 minit.“Saya masih mengamalkan kaedah tradisional iaitu menggunakan batang pisang, pisau lipat tajam dan penyepit. Tanpa bius dan jahi-tan,” katanya.Haji Hadi berkata, walaupun tidak dibius tetapi pelanggan tidak berasa sakit kerana dia menggunakan doa tertentu untuk menghilangkan rasa sakit.“Ramai yang memilih berkhatan secara tradisional kerana kaedah ini dapat menjadikan bentuk alat sulit yang cantik, kekuatan tenaga batin dan kanak-kanak cepat dewasa (matang).“Saya akan biarkan darah dari kemaluan keluar dalam tempoh seminit sebelum ‘disekat’. Hikmah keluar darah ini adalah untuk kesihatan kemaluan dan suara kanak-kanak akan berubah bermula lima hingga 12 bulan,” katanya.
huhuh...
sudah potong??
(wlaupun zaman moden,tapi yang tradisional orang x lupa.btol x?)





No comments:

Post a Comment