SILAT??bunyi macam menarik..tp memang menarik bagi aku..salah 1 ilmu kepahlawanan yang di amalkan oleh rakyat malaysia dan serantau nusantara...silat boleh di katakan ilmu mempertahankan diri yang femes di negara kita...aku suka tengok orang bersilat..setiap langkah penuh bermakna,setiap gerak penuh rahsia..seninya cukup halus dan lembut,tp awas lembut bukan sebarang lembut,kalau kena rebah menyembah bumi..silat ni bnyak di amalkan oleh para pejuang kemerdekaan tanah melayu satu ketika dulu..contohnya seperti MAT KILAU,DATO BAHAMAN,TOK JANGGUT dan ramai lagi,,,x de guna pun pistol ke,senapang ke,hanya bersenjatakan senjata pusaka melayu iaitu keris,parang,badik dan macam2 lagi la..semua pahlawan2 ni semua ada kepandaian masing2,semuanya pandai bersilat..silat ni salah 1 warisan terbesar buat negara kita dan buat ANAK MELAYU..mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh).Bunuh tari dengan tumbuk,bunuh tumbuk dengan gerak,bunuh gerak dengan kilat,bunuh kilat dengan??pepatah perguruan silat yang aku pernah dengar.. : )
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
No comments:
Post a Comment