Thursday, December 30, 2010

OH KHAIRUL FAHMI

Walaupun kau sudah berpunya,namun kau tetap pujaan hati ku.maybe ni lah perkataan yang di sebut2 oleh awek2 di malaysia ni.maybe termasuk mak orang kot..Lu memang terbaik la bro..demo meme biso..tangan macam magnet...trimass to khairul fahmi..superbb gol keeper..terbaik lah demo...tengok mase game malaysia vs indonesia dah la...penalty save camtu jer..otai2...x lame lagi main untuk brazil plak,,hahaha.....femes dah si fahmi ni..awek pun lawa..untung la awek dia...pkwe femes..smart plak tu,,,dah macam pemain import aku tengok dia ni...trimas sebab banyak selamatkan gol dari di bolosi pemain lawan...2 tu biasa la..saje je bagi kan,,sian jugak kt tuan rumah,,ambik hati katekan..pasni x senang duduk la awek dia,pakwe di gilai ramai...tapi ape2 pn hope korang still together 4 ever..nk tgk jugak demo kawin...ape lagi aku nk tulis erk??ntah la..aku pun x tahu..tp aku suka tengok fahmi..but im not gay ok..hahaha..demo meme terbaik apex ..main molek2 la lepas ni deh...yeahh...harimau menunjukkan belangnya...terima kasih buat pasukan harimau malaya,terima kasih khairul fahmi sebab jaga gol baik2...dia buat gol tu macam awek dia kot...sebab tu dia jaga baik2..hehe..gurau2 je..ni ade sikit info pasal dia,tu pun aku ambik kt FB dia.




Personal Information:   Khairul Fahmi Che Mat (born 7 January 1989 in Kota Bharu, Kelantan) is a Malaysian footballer currently playing for Kelantan    FA in Malaysia Super League. He plays as a goalkeeper for Kelantan FA.(Wikipedia)


Awards:   Khairul Fahmi Che Mat (born 7 January 1989 in Kota Bharu, Kelantan) is a Malaysian footballer currently playing for Kelantan    FA in Malaysia Super League. He plays as a goalkeeper for Kelantan FA.(Wikipedia)





Layan FB agaknye..ha3,,,,macam artis korea la demo...


Gaya keeper Dunia..maybe 1 hari nanti..tuah manusia sape tahu..kan2..


 Gaya Harimau menerkam bola....


Jejaka pujaan wanita masa kini..top 1..

dah2,,,dah abes dah...xtau dah nk mengarut ape lagi dalam ni.....akhir kata majulah sukan untuk negara..malaysia boleh..malaysia ku gemilang...puji lebeh...lepas ni penuh la poster si khairul fahmi ni dalam bilik awek2 malaya...hahaha...KOMPOM...

KITA JUARA


 
  
KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi. Malaysia menang dengan agregat 4-2



Kita semua dilahirkan tuk berjaya,
kita harus sedari siapa kita,
kita semua handal, kitalah juara
Bukan mudah untuk kita mencapainya,
kita harus tekun, jangan putus asa,
walau betapa sukar halangan yang ada
Bukalah mata jangan kau terlalu leka,
Kita semua hebat kitalah juara
Jangan siakan setiap peluang yang ada,
Ku pedulikan sesiapa yang tak percaya,
Melangkaui kemampuan yang sedia ada,
Ku tahu diriku hebat akulah juara
.



Olee,olee,olee,,kita juara kita lah juara....


Malaysia menang juga akhirnya menentang indonesia,,,tahniah buat pasukan kita kerana melonjakkan nama negara..semangat giler aku tengok bola tadi,,,besstt...kawan aku tuh siap nanges lagi malaysia menang...bangga katanya..tangisan anak malaysia.semangat tu..aku pun semangat jugak siap conteng2 muka lagi..hahaha..lawak giler muka..trimas malaysia..saya anak malaysia.jangan perkecilkan kebolehan pasukan kita,,malaysia juara,malaysia boleh...support la pasukan kita..maybe 1 hari nanti masuk world cup..mane tau kan..majulah sukan untuk negara...aku sayang malaysia...
kat bawah ni ada la sikit gambar aku dan konco2 aku..semangat bola la kate kan..tak sia2 cat muka,malaysia menang...



HARIMAU LAWAK...HAHAHA....


Aku dah macam badut la pulak..haha..lantaklah,,,semangat punya pasal,pasni naik jerawat la muka aku..x kesah,,kerana mu malaysia...






Monday, December 27, 2010

TAHNIAH MALAYSIA




Woo.....TAHNIAH untuk pasukan bola sepak negara coz berjaya menumpaskan indonesia 3-0...memang baik punye la..corak permainan yang baik di tonjolkan oleh pemain2 negara kita..aku bangga jadi rakyat MALAYSIA...Tp cam x best je mase perlawanan tu..aku menyampah giler tengok penjaga gol indon..si markus botak.kena LASER sikit je,dah xnak main,,xde nye laser tu buat kau hilang tumpuan...x suluh LASER pun boleh gol..kerek lebih..padan muke kau..wuuu....3 gol kau bocor..hahahaha...pasal hal LASER tu,,,x tau nak cakap camner,xbest la,,jage la sikit adab tu..macam budak2 main LASER..aku x salahkan sesiapa coz yang suluh tu entah mat indon or orang kita..??sape tahu kan.?Tapi harus waspada la pemain kita,nanti main kat tempat diaorang,macam mane la agaknye...jangan berperang sudaa...mane tau kan,indon dah nk marah ngan malaysia.....hope x de pekara yang x di ingini la berlaku kat sane...doakan semoga pasukan negara kita membawa kemenangan untuk negara kita,,,MALAYSIA BOLEH...over semangat...ok lah tu bawak bekal 3 biji g indon...majulah sukan untuk negara,,sokonglah pasukan bola negra kita.kalau x nak sokong.Tukar warganegara..g duduk indon..hahha....


Safee sali..hero malaya.....Terima kasih..buat gol banyak2 pasni..

Markus,penjaga gol indon yang cuba menimbulkan provoksi sehingga permainan di hentikan selama 5 minit..kena suluh laser kejap je...lepas tu x de dah..jangan cakap laser penyebab kau bocor 3 gol.sebab 3 gol tu semuanye atas skill pemain malaysia..gol cantik2 tuu...lu memang kecoh.




Friday, December 24, 2010

This i Love By Gun N Roses

Puas aku cari lirik lagu ni,,x jumpa2 sebabnye aku x tau tajuk lagu ni..aku suke dengar lagu ni..lagu dalam blog ni la...thanks to cirah sebab carik lirik lagu ni..tengss,,lagu terbaik dari band lagend.caya gun n roses.


And now I don’t know why

She wouldn’t say goodbye

But then it seems that I
Had seen it in her eyes
And it might not be wise
I’d still have to try
With all the love I have inside
I can’t deny


I just can’t let it die

Cause her heart’s just like mine

And she holds her pain inside
So if you ask me why
She wouldn’t say goodbye
I know somewhere inside
There is a special light
Still shining bright
And even on the darkest night
She can’t deny


So if she’s somewhere near me

I hope to God she hears me

There’s no one else could ever make me feel
I’m so alive
I hoped she’d never leave me
Please God you must believe me
I’ve searched the universe and found myself
Within’ her eyes


No matter how I try

They say it’s all a lie

So what’s the use of my
Confessions to a crime
Of passions that won’t die
In my heaaaaaaaaaaaaaaaaaart


So if she’s somewhere near me

I hope to God she hears me

There’s no one else could ever make me feel
I’m so alive
I hoped she’d never leave me
Please God you must believe me
I’ve searched the universe and found myself
Within’ her eyes
Guitar Solo


So if she’s somewhere near me

I hope to God she hears me

There’s no one else could ever make me feel
I’m so alive
I hoped she’d never leave me
Please God you must believe me
I’ve searched the universe and found myself
Within’ her eyes


And now I don’t know why

She wouldn’t say goodbye

It just might be that I
Had seen it in her eyes
And now it seems that I
Gave up my ghost of pride
I’ll never say goodbye aaaaaaaaaaaaaa..


Thursday, December 23, 2010

Pemilik Akaun Facebook Ditahan



Dah x de keje ke?dapat ape buat camni?kene tangkap adalah...sia2 je main FB.hahaha..baik bagi kat aku..leh jugak buat main poker...hahaha..pak cik2...Gara-gara perbuatannya menghina institusi diraja dengan membuka akaun Facebook menggunakan nama ‘Sultan yang Setan’, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan 29 November lalu. 
Suspek dipercayai membuka akaun tersebut selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lalu. 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis menahan lelaki tersebut di ibu negara selepas lebih sebulan memburu suspek. 
Menurutnya, JSJK menubuhkan pasukan khas bagi memburu lelaki itu selepas menerima lima laporan polis sejak 21 Ogos lalu. 
Katanya, akaun tersebut bukan sahaja menggunakan nama yang tidak sepatutnya malah turut menyiarkan komen-komen yang menghina institusi diraja. 
“Hasil serbuan tersebut, polis merampas lima telefon bimbit, PDA pelbagai jenis, empat komputer riba dan perkakas komputer. 
“Siasatan mendapati, suspek menggunakan identiti ‘wireless router’ milik individu lain bagi mengelakkan perbuatannya itu dikesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam. 
Menurutnya, polis mampu mengesan individu terbabit walaupun menggunakan identiti lain. 
“Suspek menggunakan alamat e-mel ‘pendekar.bentan@gmail.com’ namun identiti ‘wireless router’ yang digunakan adalah kepunyaan individu lain,” katanya. 
Syed Ismail berkata, siasatan mendapati lelaki yang bekerja sendiri itu tidak terlibat dengan mana-mana parti politik, tetapi ahli sebuah pertubuhan yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup. 
Menurutnya, akaun itu diwujudkan kerana suspek ingin memperjuangkan idealismenya. 
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya. 
Bagaimanapun, suspek itu dibebaskan. 
Sementara itu, Syed Ismail menasihati pengguna Internet menjaga keselamatan peralatan digunakan bagi mengelak disalah guna pihak lain. 
Katanya, pengguna dinasihati mendaftar keluar ‘wireless router’ jika ia tidak digunakan. 
“Pemilik akaun laman sosial perlu berhati-hati dalam mendedahkan maklumat diri seperti gambar dan nombor telefon bagi mengelakkan pihak lain menyamar sebagai identiti kita. 
“Jangan menulis perkara berunsur fitnah serta hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya. 
Beliau menegaskan polis mempunyai keupayaan untuk mengesan mana-mana individu yang didapati terlibat dalam perkara yang boleh mencetuskan perkara tidak diingini.laporam di ambil dari paper sinar edisi johor.Tahniah buat pasukan polis negara kita..

Khatan tanpa bius,jahitan.Cara Tradisional

selamat pagi...pagi tadi aku beli la paper sinar harian.edisi TERENGGANU..ade la kisah pasal berkhatan cara tradisional...huhuhu...so aku nak share sikit la dalam ni..orait..Meskipun berkhatan kaedah moden di hospital atau klinik semakin meluas tetapi masih ramai yang memilih kaedah tradisional.

Kaedah berkhatan atau bersunat cara tradisional masih popular menyebabkan perkhidmatan tok mudim masih diperlukan walaupun bilangan mereka sudah berkurangan. 

A Kadir Mahmud, 62, atau lebih dikenali Haji Hadi ialah salah seorang tok mudim yang masih aktif melakukan khatan dengan kaedah lama ini.Dia dikenali ramai bukan setakat di negeri ini mahupun Kelantan malah pelanggan dari negeri lain turut mencarinya kerana ingin mendapat perkhidmatannya. Haji Hadi ialah anak kepada tok mudim tersohor yang dikenali Tok Mudim Mahmud iaitu tok mudim istana. “Saya berkebolehan mengkhatankan orang sejak berumur 21 tahun iaitu selepas belajar dengan bapa,” katanya yang menetap di sini, dekat Kuala Besut. Haji Hadi mengakui ramai orang memilih menghantar anak mereka berkhatan dengan kaedah moden tetapi ketika musim cuti sekolah dia juga tidak menang tangan apabila ramai mendapatkan perkhidmatannya.Menurutnya, setakat musim cuti persekolahan hujung tahun ini sahaja lebih kurang 100 orang kanak-kanak berkhatan dengannya.“Dalam sehari, saya mampu mengkhatankan seramai 70 kanak-kanak tetapi kini saya hanya mampu mengkhatankan setakat 30 orang sahaja. Masa diambil untuk mengkhatankan setiap pelanggan hanya antara lima hingga 10 minit.“Saya masih mengamalkan kaedah tradisional iaitu menggunakan batang pisang, pisau lipat tajam dan penyepit. Tanpa bius dan jahi-tan,” katanya.Haji Hadi berkata, walaupun tidak dibius tetapi pelanggan tidak berasa sakit kerana dia menggunakan doa tertentu untuk menghilangkan rasa sakit.“Ramai yang memilih berkhatan secara tradisional kerana kaedah ini dapat menjadikan bentuk alat sulit yang cantik, kekuatan tenaga batin dan kanak-kanak cepat dewasa (matang).“Saya akan biarkan darah dari kemaluan keluar dalam tempoh seminit sebelum ‘disekat’. Hikmah keluar darah ini adalah untuk kesihatan kemaluan dan suara kanak-kanak akan berubah bermula lima hingga 12 bulan,” katanya.
huhuh...
sudah potong??
(wlaupun zaman moden,tapi yang tradisional orang x lupa.btol x?)





Life is Too Short


Have you ever seen the morning

When the sun comes up the shore
And the silence makes
A beautiful sound
Have you ever sat there waiting
For the time to stand still
For all the world to stop
From turning around


And you run
'Cause life is too short
And you run
'Cause life is too short

Have you ever seen the glowing
When the moon is on the rise
And the dreams are close
To the ones that we love
Have you ever sat there waiting
For heaven to give a sign
So we could find the place
Where angels come from,


There's a time that turns

I'd turn back time

But I don't say I can
It only works if you believe in the truth
Well there's a time to live
And a time to cry
But if you're by my side
I will try to catch a star
I'll try to catch a star
Just for you..
by scorpion

Tuesday, December 21, 2010

Kenangan Ku


Hmmm..bile aku tengok je pic ni,teringat balik mase first day daftar masuk kolej..mase tu memang bengang giler,ntah x tau la nape..dah la dress skema je..biase la baru2,,abes je daftar terus naik bas nak g Orientasi..
dah la bas penuh.duduk berhimpit2 dalam bas.panas giler la.3 hari jugak orientasi,nama tempat tu aku dah lupa.x best langsung orientasi.baju skema je kena pakai,pastu g la hostel,mase tu kat taman perwaja,hostel macam umah kongsi daa,,x de arah tujuan,duduk jugak,mase tu la aku kenal budak nama izwan syafiq ni,dalam pic tu baju kaler merah,mase tu aku ingat dia ni apek,sebab macam cina muka dia,last2 tengok dia sembahyang,laa,islam rupa nye..dia lah first kawan aku kenal mase tu,nasib baik kelas pun sama.hari2 tengok budak ni,,tapi aku memang suka tinggal kat hostel tu,banyak kenangan manis dan pahit,mase sem 1,duit xde,makan megi je,1 bungkus kongsi 3 orang,megi tu pun pau budak pompuan depan umah..hahaha..malu,,jagan di kira la..lapar punya pasal,sanggup tebalkan muka,sekarang dah abes study,masing2 hal masing2,tapi still contact..pada si keding,payed,udin and botak,aku rindu giler kat korang,,harap kawan sampai mati la yer..jangan lupa kenangan kita.huahuahua...

Aku dengan botak,nama dia deedat,ntah kenapa orang pangil dia botak..

Macam model la dua orang ni,Payed ngan keding..woo..

aku snap diam2 pic ni..haha..sorry ye udin..


Buat semua kawan2 kolej dulu,aku rindu giler kat korang..lalala...ble la bisa ketemu sama kamu..friends 4 ever....




Aku Tetap Aku

Susah betul la..aku memang benci orang yang suka membandingkan aku dengan orang lain..tu dia punya pasal la..aku tetap aku,cara aku,,ikut suka hati aku la wei nak buat ape pun..bukannye aku nak makan mintak duit dengan kau...kecoh2.....sedarlah pakcik oii...pak cik nasihat anak pak cik yang hari2 lepak bawah jambatan tu dulu..pastu baru carik aku ye..mak ayah aku dah ajar aku elok2...nasib aku diam je tadi,malas nak melawan,kang orang cakap kurang ajar plak...aku hormat orang tua,tapi orang tua yang pandai hormat budak2 la,,kalau tua2 x reti nak hormat orang,budak2 pun malas nak hormat kau..tapi sape kau ekk?aku pun x kenal..mintak maaf banyak2 la pak cik..saya sakit hati sangat2...tapi saya pemaaf,saya dah maafkan pakcik..lain kali klau jumpa kat kedai lagi cuba la try buat lagi ye..pastu ada la saya nyanyi lagu untuk pak cik..KAKI KU DI MUKA MU....cuba la..Panass....geram btol la..




Wanita Solehah


Hadis Nabi s.a.w.- Sesungguhnya dunia
itu merupakan keseronokan, dan tiadalah keseronokan di dunia ini
melainkan dengan wujudnya wanita solehah..
khas buat wanita solehah...

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk
rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Buat Kaum Hawa

Aku nak story sikit tentang trend sekarang,pergaulan bebas.,Perempuan sekarang mudah sangat percaya pada insan yang bergelar LELAKI..ntah la,aku pn x tahu macam mane nak cakap,jangan terlalu yakin dengan seseorang yang baru je kenal..manusia zaman sekarang ni kebanyakan macam ni la..terutamanya perempuan..siasat latar belakang sesorang dulu sebelum berkenalan,ni baru je kenal 2,3 hari bercakap macam dah kenal 1 tahun,,ehhh,,manusia boleh berubah la.yang kenal lama pn boleh khianat ni kan yang baru je kenal..jangan terlalu mudah letakan harapan pada seseorang termasuk orang yang kau sayang,,dia boleh berubah bila2 mase je..hati manusia,siapa yang tahu?kau tahu ke??hehe..bagi kaum hawa tu jangan la terlalu mesra dengan lelaki yang baru di kenali,jangan mudah2 bagi no fon..ni trend zaman sekarang,mula2 bagi no then keluar sama2..pastu mula la berlaku kes zina,buang bayi sana sini,rogol la,culik la,bunuh and macam2 lagi la..siapa yang harus di persalahkan??haa...lu fikir la sendiri..kesimpulannya jaga diri baik2 jangan terlalu percaya dengan seseorang,bapak boleh makan anak,nikan pulak orang lain..buat kaum hawa fiikir2 dan selamat beramal...Jauhi pergaulan bebas..
(bukan bertujuan untuk menghina kaum hawa yer)



Manusia dan Cinta

Hmmm..tiba2 terlintas plak nk tulis entry pasal ni..hari2 tengok pasangan kekasih,..termasuk aku jugak..manusia dan cinta ibarat isi dan kulit la...memang x boleh di pisahkan...perasaan cinta memang wujud di dalam setiap jiwa makhluk yang bergelar manusia..ALLAH telah mengurniakan perasaan cinta,sayang dan rindu pada hambanya..tetapi untuk ape perasaan tu??cinta sesama makhluk memang x salah,tetapi ade batasannye jugak kan.jangan kerana cintakan seseorang lupa pada MAHA PENCIPTA...sebenarnya anugerah itu di kurniakan pada kita untuk tidak lupa pada pencipta kita.perasaan cinta kepada ALLAH dan RASUL untuk kita lebih mengingatinya..pahala pun dapat..tp cinta zaman sekarang cinta pada makhluk,pada harta dan pangkat jer..nk kata salah pn x tahu la...cinta pada makhluk x kekal,cinta pada harta habis jugak,cinta pada pangkat dan darjat x boleh bawak masuk kubur pn...cinta pada ALLAH je yang kekal...aku pn kadang2 tertanya2,kenapa aku bercinta?ape makna cinta tu sebenarnya..aku masih buntu...anugerah yang telah di kurniakan pada ku,aku x guna sebaik2 nye..hmmm..ntah la..aku cuma insan biasa..aku x mampu untuk mengelak dari melakukan kesilapan.hanya mampu berdoa dan berserah pada YANG MAHA ESA..tunjukkanlah aku jalan yang benar..amin....tujuan aku tulis entry ni bukan untuk berceramah tetapi menyuarakan isi hati aku... :)

Monday, December 20, 2010

Masih Lesen P..

Masih lesen P..adess..bile la nak dapat lesen besar...hahaha..saje wat entry pasal lesen ni..sebenarnya aku bukan nak cakap pasal lesen moto or kereta sebab aku masih x de lesen.lesen koboi ade la..aku nak cakap pasal lesen Berbloging...seronok la plop aku rase bile ade blog ni..ape aku nak tulis,aku tulis je,walaupun follower aku x ramai tapi aku bangge dengan prestasi diri aku.maklumlah aku masih baru dalam dunia bebloging ni,,tapi INSYAALLAH aku akan usahakan yang terbaik untuk blog aku..ape2 pun aku tetap heppy berbloging...dah macam dapat lesen P...Percubaan...aritu baru dapat L sebab dah lulus buat blog..so..aku memang HEPPY..yeah..teruskan usaha..kata2 semangat untuk diri sendiri..hahaha...muuaahh.. :)



Berhenti Merokok?Boleh ke?



Jom berhenti merokok.say no to rokok.aku memang perokok tegar.tapi aku memang nak berhenti,,aku akan cuba berhenti.Azam tahun baru,kt sini aku nk share sikit cara2 untuk berhenti merokok.selamat mencuba ye..setiap sedutan membawa padah,ingat tu..

  1. Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja,
  2. Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok. Buatkan juga nota tersebut dalam bentuk kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku baju untuk dibuat peringatan
  3. Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara ” cold turkey “. Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok. Sebaiknya, beberapa minggu sebelum tiba hari yang ditetapkan anda telah mula mengurangkan sedikit demi sedikit bilangan rokok yang dihisap.
  4. Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.
  5. Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada orang mempelawa anda rokok, katakanlah terima kasih, saya tidak merokok. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk tidak merokok.

Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Katakan pada diri anda, setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok, anda akan merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari yang berikutnya. Lama kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya.
SELAMAT MENCUBA.....INGAT INSAN TERSAYANG..
                      


Bosan Giler


Perghh...bosan la wei..x tahu nak buat ape..nak keluor malas plop coz hujan..duk rumah Bosan giler,,,bukak facebook pn xdok pape..adess..bosan wei..ni lah akibat bosan,mencarut dalam ni la jawabnye.aku dah bosan,aku dah bosan,aku dah bosann..lalalalala..member2 semua kompom tido hujan2 camni..ake x leh tido coz dah banyak aku tido semalam...wa bosan maa...lantak p la.aku x tau nak tulis ape panjang2.banyak ni dah ler...


Bukan Kerna Nama


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Bahase Ganu Kiter


Hahahaha..kite pakat cakap bahase kiter doh la..keras lidoh aku nok cakap luor..hua2,,bangge la sikit ngan bahase kiter..guane gamok orang kiter.budok terengganu lening pantang g kl je.cakap luor lalu,U nk g mane?banyak nyamak la kt sini,tebos pun x kena.cakap pn x betol.hahaha....duk kapung main baruh gok..
( penggunaan bahasa yang pekat,x faham tanye ye)


so..haha,,ade slang omputih sikit..try2 la ye..aku bangge cakap terengganu,tp kadang2 ade gok saloh cakap luor ble g luor terengganu.hahaha..wt dok tahu doh la..hambe manusia biase  tak lari dari kesilapan.parok parok.kene molek..nok wt guane doh starang...layang lagu ni skali..na..na..na..ganu kiter..





Ilmu Pahlawan Melayu

SILAT??bunyi macam menarik..tp memang menarik bagi aku..salah 1 ilmu kepahlawanan yang di amalkan oleh rakyat malaysia dan serantau nusantara...silat boleh di katakan ilmu mempertahankan diri yang femes di negara kita...aku suka tengok orang bersilat..setiap langkah penuh bermakna,setiap gerak penuh rahsia..seninya cukup halus dan lembut,tp awas lembut bukan sebarang lembut,kalau kena rebah menyembah bumi..silat ni bnyak di amalkan oleh para pejuang kemerdekaan tanah melayu satu ketika dulu..contohnya seperti MAT KILAU,DATO BAHAMAN,TOK JANGGUT dan ramai lagi,,,x de guna pun pistol ke,senapang ke,hanya bersenjatakan senjata pusaka melayu iaitu keris,parang,badik dan macam2 lagi la..semua pahlawan2 ni semua ada kepandaian masing2,semuanya pandai bersilat..silat ni salah 1 warisan terbesar buat negara kita dan buat ANAK MELAYU..mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh).Bunuh tari dengan tumbuk,bunuh tumbuk dengan gerak,bunuh gerak dengan kilat,bunuh kilat dengan??pepatah perguruan silat yang aku pernah dengar..  : )




"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"



Sunday, December 19, 2010

Luar jangkaan

X sangka la plop ade jgk org nk follow blog aku nih.thanks pada yang telah follow aku..1 penghargaan buat diri aku...thanks ye..mata aku dah x leh nok buke dh.dari semalam x tido.gila edit BLOG ni..semangat x bertempat..kepala pusing giler,,haha..dah la pagi2 lagi kena g JPJ,ade hal sikit nk settle pastu ikut member aku g cuci mata kt PASAR PAYANG..ramai awek..maklumla musim cuti sekolah..macam2 gelagat manusia aku tengok hari ni..heppy..yang muda,tua,ngan family,kapel...macam2 ade daa....makin lawo kawasan PASAR PAYANG...jeti bot penambang baru,pulau warisan la...tp plik aku,sape la bagi nama pulau warisan,sedangkan dulu kt pulau tu banyak DOG,sampai orang panggil pulau DOG...auuu...tp syabas la kerajaan terengganu sebab banyak kemudahan telah di naik taraf...bangge jadi rakyat terengganu wei..last dari aku pakat2 la melawat terengganu..mcm agensi pelancongan la plop..anak cina naik perahu,belum datang belum tahu..muahaha,,,kat bawah ni ade sikit gambar untuk tontonan umum.

Permandangan di pulau warisan

Permandangan waktu malam di pulau warisan

Kedai menjual barangan sutera terengganu dan songket,semuanya di pasar payang.


 
PAKAT MARI RAMAI RAMAI