Asalamualaikum....lame x update blog....sibuk sikit.....maklumlah dah masuk tahu baru...semoga 2011 ni lebih bermakna buat semua....aritu aku ada terbaca tentang gejala sosial di kalangan masiswa/siswi di negra kita ni...masalah ni boleh di katakan TOP jugak la...tapi memang betul..rata2 aku tengok budak2 IPT ni memang camtu...entah la kenape..aku heran la..duk umah baik plak..masuk IPT dah macam LAGENDA BUDAK SETAN,,,huhuhu..pelajar lelaki kompom dah..yang aku heran pompuan...adess...malukan mak bapak...orang suh g blajar dia g date la,ape la....masalah2...dalam islam pun dah bagitahu pergaulan antara lelaki dan wanita..Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, lelaki dan wanita yang bersaudara pula perlu dipisahkan dari tempat tidur mereka. Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil baligh.
Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas bermula dengan zina, kemudian membawa kepada hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.Masalah sosial merupakan gejala abnormal atau tingkah laku yang tidak bermoral dan bersifat merosakkan. Ini bermaksud semua aktiviti yang membawa kepada keruntuhan akhlak perlu dihindari kerana boleh merosakkan peribadi dan nilai-nilai baik dalam diri seseorang individu. Dalam konteks kehidupan mahasiswa, antara masalah yang begitu ketara dihadapi oleh mereka ialah kegagalan menguruskan perasaan dan emosi dengan betul dan berkesan. Inilah yang membawa kepada tindakan-tindakan seperti keinginan berdua-duaan tanpa had waktu, menghabiskan masa dengan berbual di telefon, internet atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms), keluar bersama sehingga lewat malam malah ada yang pergi ke disko atau pub-pub. Perlakuan di atas sebenarnya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh membawa kepada perlakuan yang lebih sumbang dan tidak bermoral.
Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat dalam perbuatan zina, kehamilan luar nikah, seterusnya pengguguran bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang sepatutnya diutamakan. Malangnya ada antara mahasiswa yang terlibat dalam gejala tidak bermoral ini terdiri dari pelajar pintar yang menjadi harapan semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga. Perbuatan yang dilakukan tidak hanya mencemar maruah diri tetapi turut mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat. Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan benteng diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dunia remaja.Sebagai contoh, menurut laporan akhbar tempatan pada 1 Febuari 2008, 800 pelajar wanita universiti ‘dikuarantin’ bagi disoal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama mereka. Bukan itu saja, masyarakat juga didedahkan dengan berita pelajar IPT ditangkap berkhalwat sama ada sesama pelajar atau dengan orang lain. Tidak kurang juga pelajar IPT yang berpeleseran di disko atau kelab malam setiap hujung minggu. Beberapa perkara dilihat sebagai faktor yang menyumbang ke arah keruntuhan akhlak dan moral mahasiswa. Antaranya, ramai di antara mereka yang terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang berpasangan. Keseronokan rakan-rakan membangkitkan keinginan ingin mengalami situasi yang sama. Keadaan ini mendatangkan kebimbangan kepada mereka jika mereka tidak mempunyai teman hingga di tahun akhir pengajian.ni semua salah siapa?pihak universiti atau pun diri sendiri...??jawapannya tanya la diri sendiri...
No comments:
Post a Comment