Saturday, April 9, 2011

Blog OH Blog

Asalamualaikum....adess..lame doh aku dop update blog....berbulan2 lamanya,,,sibuk sangat la...pergi ke bulan..sebab tu tak update berbulan2 lamanya...hahaha...aku pun tak tau lagi nk mencaci maki dalam nih...maybe ade la isu lain,,tunggu esok luse la,,,malas nak tulis banyak2...ni pun saje buat sedap hati sendiri,,,,boring tengok entry lame....hahaha.....soo....see u later la...

Friday, January 28, 2011

Bertemu Dan Berpisah



Assalamualaikum....sudah jadi lumrah dalam kehidupan manusia apabila berlakunya perpisahan...dalam lagu pun ada berbunyi,BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA,HILANG DI MATA TAPI DI HATI TIDAK LUPA,SEMOGA KITA BERJUMPA DI LAIN MASA....lagu tu aku tuju khas buat kawan2 aku yang bakal berpisah dengan aku...sedih la plak rasa,,,dah hampir 3 tahun bersama,susah senang,suka duka di lalui bersama,tidur sebantal,makan sepinggan..sape tak sedih kan...31 hb ni,masing2 akan bawak haluan masing2,,bermula la pancharoba dalam hidup..yang pasti aku akan tetap ingat korang semua,persabahatan kita...yang paling aku rindu,2 orang,deedat(botak) ngan wan(keding)..sebab diaorang duk jauh...sorang n9,sorang johor,,,susah dah nak jumpa pasni...aku harap la korang x lupa kenangan kita...lama tu...hahaha..macam2 dah lalui bersama....aku harap korang maafkan la salah silap aku selama kita berkawan,halalkan makan minum aku...ada masa kita jumpa lagi..kalau dah berjaya jangan lupa aku...aku pun sama.takkan lupakan korang....nak bagi hadiah kat korang pun xde...cuma aku mampu ucapkan terima kasih kerana sudi  jadi kawan aku selama ni...serius aku cakap,,nangiss weiii,,,,sedih,,,ape org nak cakap lantak la...maybe sape2 yang ada kawan pasti akan rasa apa yang aku rasa,,,




Wednesday, January 26, 2011

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

Tuesday, January 25, 2011

Buat Teman Yang Di Rindui



Aku memang tak reti
Tunjuk engkau semua menari
Tapi engkau tak usah henti
Pandai tak kan datang berlari
Mimpi aku tak semua indah
Semangat rakan janganlah pudar
Hidup memang banyak kerenah
Cerewet hidup mu akan susah


Janganlah berundur
Ini bukanlah masanya
Tak kuasa aku
Menghadapi ini semuanya
Sendirian begini
Tak mampu berdiri tinggi
Tanpa mu disisi
Wahai kawan


Satu lagi nak pesan
Busuk hati janganlah simpan
Nasihat untuk rakan dan taulan
Simpan semua jadi panduan
Sudah 22 tahun
Ilmu didada aku susun
Kalau berkat tak datang turun
Sampah sarap datang berduyun


Orang Timur



Pernahkah kau fikirkan
Dari mana asalmu
Wahai orang-timur

Apakah yang tersirat
Pada batu bersurat
Cuba kau firasat

Wahai orang-orang timur
Singkaplah sejarahmu
Cari kuncinya

Wahai orang-orang timur
Timurkanlah barat
Agar tak tersesat

Matahari semakin meninggi
Dan bulan telah kesiangan hari
Kau masih lagi memuji pelangi
Konon mencari cahaya emas



Bila aku dengar balik lagu ni.baru la faham maksudnya...maksud yang begitu mendalam...hanya jauhari mengenal manikam..

Sunday, January 23, 2011

My anniversary

Assalamualaikum.....semalam lepas makan malam,lepak2 dlu.sambil2 jengok FB..adoii..bosan giler..hajat di hati nak lepak ngan member2..tapi mata ni berat semacam je...ngantuk..hahaha..dalam kul 9.30 terus melelapkan mata ku yang mengantuk ni...lupa la plak malam tu masuk 23.1.2011..ulangtahun perkenalan aku ngan si gadis ku,,dah 3 tahun kitaorang bersama..lupa nak wish...huhu..maaf ye sayang..bukan sengaja..bangun je pagi tu terus tengok hp..dengan mata yang x berapa nak bukak,tengok la nama SAYANG....mesej nye berbunyi bergini..sayang,slamat mnyambut ulangtahun cinte kte.dah 3 tahun kita bersama..smge cnte kte akn kkal hngge ke akhir hyat..23 JANUARI 2008 - 23 JANUARI 2011.cnte ini pasti xkan dilupekn..saat suka n duka yg dlalui pasti akn dkenang..smge cnte kte smakin bertmbah n xkn mungkin pudar..k.trima kasih kerna merindu,menyinta,menjaga n menyayang cnte ni...wahh,,terharu hati aku..terima kasih sayang..maaf lambat wish ok...sedar x sedar dah 3 tahun kitaorang bersama...bermacam2 dugaan dan halangan dah kami lalui bersama...semoga kekal selamanya..doakan ye...amin...

Saturday, January 22, 2011

Warisan Tamadun

Kat bawah ni ada sedikit gambar yang di ambil semasa menziarah kawasan kota pemakaman lama di Tanah perkuburan Bukit Tumboh.Terengganu.



Kota pemakaman yang sebahagiannya telah roboh ini adalh kerana tiada taulan dan waris terdekat yang datang menjaga dan memulihara pemakaman ini.


Antara kaum kerabat yang ada dalam kota pemakaman in.dan dikatakan keluarga kerabat inilah yang mewakafkan tanah untuk kawasan pusara Bukit Tumboh. Makam yang terlama yang tercatat adalam dalam tahun 1942.


Antara pusara lama di dalam kawasan permakaman di Kg Bukit Tumbuh tidak di ketahui Identiti.



Tuan Long Bin Tuan Besar.nama yag terdapat pada nesan usang ini.kembali ke rahmatullah pada tahun 1951


Gambar dari jarak dekat..jelas tertulis nama pemilik nesan usang ini.siapakah beliau.semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh nya..al-fatihah.


Tercatat tahun 1942.


Di sebalik nesan usang ini.tersirat beribu sejarah dan kisah.


ANAK CUCU AKAN MELUPAKAN ... MENJADI KITA
 ORANG YANG KESEPIAN SEPANJANG ZAMAN ZAMAN MENDATANG.
Tumbangnya nesan nenek moyang, Tumbangnya
 bangsa Melayu sekarang ... tidak menghormati nenek moyang maka Allah melempar kehinaan kepada kita sekarang. 
Ayuh Bangsa ku kembalikan maruah itu, ziarahi dan puliharakanlah warisaan tamadun kita ini...

Sejarah Yang Telah Hilang


Asalamualaikum...dah lama x update blog,,malas dan sibuk dengan masalah yang bertimbun2...baru2 ni aku terbaca dalam satu group di fb..BENUA TERENGGANU.aku amat tertarik dengan post2 di situ..biasalah sejarah..bukan apa,aku memang nak tahu sangat sejarah lama di negeri tercinta aku sendiri...di mana bumi ku pijak di situ langit ku junjung...dan aku telah berjumpa dengan seorang insan yang bertungkus lumus mengkaji peningalan sejarah ini...banyak makam2 lama telah di jumpai..antara makam orang kenamaan pada satu ketika dahulu...malah di kampung aku sendiri terdapat satu makam lama...aku pun x tahu asal usul makam tu..tapi mengikut pada warga tua di situ,makam itu adalah makam orang2 kenamaan,makam ahlul-bait rasulallah...aku telah meneroka makam lama itu.terdapat beberapa pusara lama di dalam kawasan kota permakaman tu..menarik...bukan apa.aku sebagai anak melayu,ingin tahu juga asal usul ku,asal usul tanah air ku..di dalam sejarah ahari ini.nama2 tu x pernah di ambil tahu..
Sejarah itu di tulis oleh sesiapa yang menang ...!!, dan ia akan dibaca mengikut sesiapa yang menulisnya ...

Namun kebanyakkan sejarah telah diselewengkan untuk kepentingan mereka yang berkuasa pada masa itu. Pembonkarannya akan merubah sebuah tamadun kemanusiaan.

Mereka telah memaksa sejarah berbohong, namun ia akan kembali ke atas kepala mereka sendiri.Kata kanlah kebenaran itu dari Tuhan mu ... Barang siapa hendak beriman hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang memilih kekufuran kembali kepadanya kekufuran itu (pilihan).

kenapa mereka ingin menutup sejarah?bangkitlah wahai anak bangsa ku...Alangkah sedihnya hati, Bangsa ku Melayu Merempat hina di bumi sendiri, sedangkan para politikus usang hanya mensentimentkan keadaan .... tiada pembelaan...hargailah jasa warga terdahulu..tanpa mereka siapa kita..sejar bumi melayu pasti akan terjawab..ALLAH membantu orang yang benar..

untuk info lebih lanjut





Thursday, January 6, 2011

Kenapa Perempuan Mudah Menangis

Assalamualaikum...hari ni aku nak share satu entry yang aku terbaca tempoh hari..kenapa perempuan mudah menangis..??korang rase kenapa ek?entah la..maybe perempuan ni hati dia lembut kot..so sama sama la kita baca ye..




Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar

jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Oh Ibu



Bila kuingat masa kecilku
Ku slalu meyusahkanmu
Bila kuingat masa kanakku
Kuslalu mengecewakanmu

Banyak sekali pengorbananmu
Yang kau berikan padaku
Tanpa letih 
Kau berikan semua itu

Engkaulah yg kukasihi
Engkaulah yang kurindu
Kuharap slalu doamu
Dari dirimu oh ibu

Tanpa doamu takkan kuraih
Tanpa doamu takkan kucapai
Segala cita yang kuinginkan dari diriku oh ibu

Kata-kata ibu adalah kisah nyata
Kata-kata ibu adalah sayang
Kata-kata ibu adalah firasat
Kata-kata ibu adalah nasihat
Kata-kata ibu adalah doa


P/S:Hargailah ibu anda.pengorbanannya tak terbalas.
cute je aku mase kecik.tembam.haha..

Wednesday, January 5, 2011

Coming Soon Anugerah Juara Lagu 25



Anugerah juara lagu ke 25 akan berlangsung pada 9 Januari ini di Stadium Bukit Jalil..debaran di rasai oleh semua finalis2..korang rase sape menang nanti??aku sokong faizal tahir...vokal dia power...dan satu lagi kumpulan Hujan..harap2 diaorang menang la..buat semua para peminat muzik tanah air nantikan anugerah yang berprestij ni yer..sebanyak 14 buah lagu akan berentap untuk memenangi anugerah ini...biaselah anugerah muzik paling top dalam industri muzik tanah air kita...tahun ni menampilkan artis2 yang hebat2 belaka..samaada daripada artis solo dan berkumpulan.kat bawah ni ade senarai lagu2 yang layak ke final ni..check it out..

Senarai lagu-lagu yang akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL 25)
  1. Cinta Sempurna (Ciptaan sepenuhnya Yuna)
  2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
  3. Pelita (A.P.I/ Loque)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
  6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)

                        


Support our local music industry

                                    

Tuesday, January 4, 2011

Budak Jepun



Aku sangat suke dekat cousin aku nih sorang..comel,dah la mata sepet,dah macam anak jepun aku tengok...cute...camne la kau besar nanti...nama budak ni Mohd Lutfi Darwish.anak kepada Lokman iaitu pak cik aku....hari2 datang umah aku nak main aku punya laptop...kadang2 aku bagi jugak,,tapi time aku nk tido ke,nak guna laptop ke,memang aku kunci bilik aku..klau tak si jepun ni akan serbu bilik aku...biasa dia bawak geng dia...Daniel,sepupu aku jugak,,tu lagi ganas..pantang nampak aku main laptop je nak main...aku kunci pintu,dengan pintu2 dia sepak..pastu mula la kena maki dengan aku...hahaha...budak2..bese la..pastu bla..bla..bla..
(malas menaip dah)






Harap2 bila dah besar nanti jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.amin.



My uncle Wedding

Tamat lah riwayat zaman bujang pak cik aku,,,pak su aku,,hahaha,,dapat mak su baru...tambah pulak sorang lagi dalam ahli keluarga aku...biase la,sape x nak kawin kan...semua nak..aku kompom nak..hehe,,,aku malas nk merepek banyak2...selamat pengantin baru..semoga kekal ke akhir hayat...cepat2 timang anak yer.hahaha...









Mase majlis akad nikah...sekali lafaz je..cool je..tabik spring la pak su..


penyeri majlis la konon..hahaha...ni kazen2 aku.


Ni lah mak su aku...comel2...


Terimalah sayang duit hantaran dari abang,maybe itu yang di ucapakan dalam hati pak su aku,,duit hantaran secret..hehe,,


Asyik pegang je,,nak bagi ke x nak ni??


Masa majlis persandingan..ada banyak lagi pic..malas nak upload...



Dah kawin vs Bujang

Akhir kata..semoga korang berdua bahgia sentiasa la yer,,,aku doakan yang terbaik untuk pak su and mak su aku...hope kekal ke akhir hayat...